Khamis, 12 Januari 2012

JOM! PI SEMPORNA

Semporna adalah sebuah tempat yang agak terpencil dari keriuhan kota. Ianya masih lagi di kategorikan sebagai satu kawasan yang sedang membangun. Namun dari sudut lain semporna mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai eko pelancungan yang mampu bersaing dengan tempat-tempat lain seperti bali di Indonesia, Kepulauan Hawaii di Amerika. Tapi pada hakikatnya, Semporna kini mengubah lanskapnya sendiri berbanding sepuluh tahun kebelakangan ini, kini daerah yang agak tercorot ini menempatkan dirinya menjadi sebuah tempat yang memiliki standardnya yang tersendiri. Dari kedudukan geografinya di peta Malaysia, Semporna berada di kedudukan pantai timur sabah. untuk menyusurinya lebih kurang 100km dari Lapangan Terbang Tawau dan memakan masa lebih kurang 45 minit. Aset-aset utama yang terdapat di Semporna terutamanya Pulau-pulau yang pasti memikat sesiapa sahaja. Anda kenal dengan Sipadan bukan? hah! TAUPUN...sememangnya pulau Sipadan terletak di Semporna, atau sayakan nama penuhnya ialah SIPADAN BIN SEMPORNA....Hehehe...pada blog pengenalan pertama saya ini, cukuplah saya hanya menjelaskan serba sedikit tentang kawasan-kawasan yang indah untuk dilawati, mungkin anda juga sedang giat mengatur hari percutian anda bersama seisi keluarga untuk datang bersantai di Semporna. dapatlah anda sekalian melihat keunikan Semporna dari segi adat resam, budaya, pelbagai kaum, juadah makanan dan dapatlah juga mengenali Semporna dengan lebih dekat, siapa tau 'tak kenal, maka tak cinta'...bila dah cinta tu, buatlah macam sendiri, lepak-lepak, santai sehinggalah bab makanan tu,...hmmm janganlah pulak wat macam rumah sendiri...nak tau kenapa?...BAYAR LAH!..Hehee...maaf ye terkasar bahasa pulak...oklah jangan nak buang....JOM KITA PI SEMPORNA BAH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan